Badar dan Jabal Malaikat

Peperangan Badar merupakan peristiwa penting dalam kalendar umat Islam. Ia berlaku pada tahun kedua hijrah dalam bulan Ramadhan.

Satu ketika dahulu, tidak ramai yang dapat melawat kawasan ini. Ada yang mengatakan kerana ia terletak di luar kawasan sempadan visa umrah atau haji. Allahualam. 

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai orang Malaysia dapat menziarahi kawasan yang dipenuhi dengan lipatan sejarah ini.

Nama para syuhada Badar

Badar terletak kira-kira 150 km dari Madinah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam menaiki kenderaan.

Sepanjang perjalanan ke Badar, terdapat juga beberapa tempat menarik untuk dilawati. Antaranya ialah telaga-telaga seperti Telaga Asfan dan Telaga Shifa yang pernah Rasul saw singgah semasa dalam perjalanan ke Badar. Begitu juga terdapat perkampungan Bani Ghiffar yang telah wujud sejak ribuan tahun lalu. Lokasi-lokasi ini boleh dirujuk dalam Google Maps dibawah.

Disebelah kanan ialah, Masjid Al Areesh tempat Rasulullah saw berteduh dan memberikan arahan semasa peperangan Badar.




Untuk melihat lokasi menggunakan Google Maps, sila rujuk peta dibawah. Klik pada ikon untuk mengetahu informasi lebih lanjut.












Ulasan