Umrah DIY 2024

Maksud

Umrah yang ditunaikan oleh individu tanpa mengikuti mana-mana pakej yang disediakan oleh agensi pelancongan 

Kelebihan 
  • Fleksibel dari segi tarikh berangkat, tempat penginapan dan jadual perjalanan 
  • Boleh kawal kos 
  • Mengurangkan risiko ditipu pakej2 tidak bertanggungjawab 

Persediaan awal

  • Buat perancangan awal. Seperti mana yang diketahui, semua kos akan meningkat jika tarikh dipilih semakin hampir. 
  • Tiket kapal terbang dan hotel adalah dua kos yang boleh dijimatkan sekiranya dibuat tempahan awal.
  • Belajar berkenaan hukum hakam UMRAH.
  • Baca tips yang dikongsi oleh mereka yang telah pergi UMRAH secara DIY .
  • Sangat bagus sekiranya kita pergi bersama rakan2, kerana bersafar secara berjemaah adalah sunnah Nabi Muhammad saw.

Langkah-langkah UMRAH DIY

  • Membeli tiket kapal terbang
Tentukan ingin turun di airport mana. Ada 3 situasi.

a) Sekiranya ingin turun di airport Jeddah dan ingin memasuki Mekah dahulu, maka perlu berniat umrah di Qarnul Manazil.

b) Sekiranya ingin turun di airport Jeddah tetapi terus ke Madinah, maka tidak perlu berniat umrah di Qarnul Manazil

c) Terus turun di airport Madinah. Tidak perlu berniat umrah di Qarnul Manazil

Tiket kapal terbang boleh survey harga melalui skyscanner.net atau google flight

  • Menempah kenderaan dari airport Jeddah ke Mekah/Madinah
Ada 3 cara untuk ke Mekah/ Madinah

a) Menaiki keretapi laju HHR Train . Boleh beli tiket online. Selamat dan cepat. Harga SAR250-300. Cumanya jika turun di Terminal Hajj (Air Asia), jangan naik keretapi laju. Kerana station keretapi laju di Terminal 1, which is sukar nak ke sana dari Terminal Hajj
b) Tempah kenderaan melalui pelbagai website seperti Umrah Cab, Taxi Haramain dan lain-lain.
c) Ambil sahaja teksi setelah keluar dari pintu airport. Harga sekitar SAR600-700 untuk Hyundai Starex dan SAR900-1100 utk GMC dari Jeddah ke Madinah. Kalau dari airport Jeddah ke Makkah sekitar 150-200 SAR.

  • Membuat booking hotel
Melalui booking.com atau Agoda anda boleh pilih hotel yang berdekatan dengan Masjid Haram dan Masjid Nabawi. Gunakan Google Map utk mengukur jarak dari hotel ke dataran masjid-masjid berkenaan. 
  • Cara ukur jarak dari hotel ke dataran.
Buka Google Map. Pilih layer Satellite. Lantai putih adalah dataran kepada Masjidil Haram. Right click pada lokasi dan akan keluar menu Measure Distance. Contohnya saya ukur dari Hotel Le Meridien di kawasan Ajyad ke dataran terdekat ialah lebih kurang 260 meter. 



Rancang bagaimana ingin menghabiskan masa anda di kedua-dua bandar suci tersebut

Saya kongsikan itenerary yang saya buat utk trip umrah saya bulan Februari nanti

ITINERARY

TIME 

DETAILS

REMARKS

Day 1 : Selasa, 6 Feb 2024

2 am 

Kumpul di KLIA2

Pastikan semua dokumen ada

5 am 

Departure from KLIA

Air Asia KUL-JED
Tidak perlu niat umrah dan berihram kerana akan terus ke Madinah






9.40 am

Arrival in Jeddah

Take taxi to Madinah

Taxi Contact : Mursyid Halim

1.00 pm

Arrival in Madinah

Letak beg dan prepare for solat zuhur. Salam kepada Baginda Nabi Muhammad saw
Lunch

Zuhur : 12.36 pm

Asar : 3.47 pm

Maghrib : 6.10 pm

Isya : 7.40 pm

Fajar : 5.42 am

2.00 pm

Check in Hotel Artal International


7 Feb 2024

Rabu

Pagi
Ziarah Dalam
Salam kepada Nabi saw
Baqi
Rumah Saidina Usman
Bani Saidah
Kawasan tidak berbumbung

Petang
Masjid2 sekitar masjid Nabawi

Dinner cari Unta. Restoran Hashi Basha

8 Feb 2024

Khamis

Pagi 

Salam kepada Nabi saw
Ziarah Badr

Petang
Ziarah Uhud

Kena bertolak awal pagi sebab agak jauh

Taxi Hyundai Starex : SAR 550


9 Feb 2024

Jumaat

Pagi

Salam kepada Nabi saw
Ziarah Quba
Telaga sekitar Quba

Balik sebelum Jumaat. Jumaat di Masjid Nabawi

Petang
Ziarah Khandaq
Masjid Tujuh
Perkampungan Bani Haram
Gua Bani Haram





10 Feb 2024
Sabtu

Pagi

Shopping kurma di Sultani Dates dekat Royal Eemar Hotel




12.00 pm

Solat Zuhur jamak Asar

Check out Hotel Madinah

Bertolak ke Makkah

Niat Ihram di Bir Ali
Lunch di Madinah / Bir Ali

Taxi Hyundai Starex : SAR 550

6.00 pm 

Check in Hotel Grand Rayanah Makkah
Lps asar
Umrah #1 : Miqat Bir Ali

Ziarah Dalam
Perkuburan Shubaiqah, Jabal Qubais dan sekitar



Dinner di Romansiah Jabal Omar

11 Feb 2024

Ahad

Pagi
Umrah #2 : Miqat Tanaaim


Pagi

Ziarah Luar 

Maala, Masjid Jin, Rumah kelahiran Nabi saw


Lepas Saie terus jalan kaki ke arah Rumah Rasul saw. Lunch burger di area Maala. Balik naik bas.


Dinner cari Unta. Restoran Hashi Basha

12 Feb 2024
Isnin

Pagi
Umrah #3 : Miqat Jaaranah (optional)


Naik taxi pusing2 Mina, Masjid Khaif, Masjid Al Baiah




Lunch di Al Baik Mina


Dinner Safa Tower

13 Feb 2024

Selasa

5.00 am

Jam 3 am terus check out, beg letak di lobby


4.00 am

Tawaf Wada


5.00 am

Bertolak ke Jeddah. Sarapan otw ke Airport


Boleh beli Air Zam Zam di kaunter disediakan. Harga SAR 12.5.

Subuh di Jeddah

11.20 am 

Departure KL

Arrival KLIA 2 jam 12.20 malam.        

                                       Jangan lupa ambil air zam zam


Semoga sedikit sebanyak dikongsi ini dapat memberi panduan untuk mereka yang ingin buat umrah secara DIY. Lain-lain tips akan dikongsi pada masa akan datang. Selamat beribadah!

14 Februari 2024. Selamat tiba di KLIA2. Alhamdulillah selesai UMRAH DIY kami. Jazakallah atas perkongsian ilmu dan pengalaman.

Ulasan